Friday, August 23, 2013

Sejak sekian lamanya, apabila orang islam meninggalkan pergantungan sesama mereka dan mereka menabalkan pihak musuh sebagai pelindung2 mereka,




Sejak sekian lamanya, apabila orang islam meninggalkan pergantungan sesama mereka dan mereka menabalkan pihak musuh sebagai pelindung2 mereka, akhirnya mereka sentiasa bagi setiap episod yg mereka lalui, mereka dikhianati dizalimi dibohong dan ditindas.. 

Kita lihat apa yg berlaku di mesir, Hosni Mubarak 30 tahun lamanya berkuasa dengan perlindungan daripada kuasa2 besar, dia dilindungi oleh Amerika, dilindungi juga oleh soviet.. Dia merupakan benteng antara umat islam dan israel.. Mesir yg bersempadan dgn israel, tidak dapat disandung israel.. Kerana yg membentengi israel sebelum tentera israel ialah tentera mesir.. Sempadan israel dikawal oleh tentera mesir.. Ummat Islam yg berada di Gazzah, berada dalam keadaan yg sempit.. Mesir menghalang makanan masuk ke Gazzah dan menghalang ummat islam keluar daripada Gazzah sementara israel menekan mereka daripada sudut yg lain, daripada sempadan yg lain..

30 tahun dia berkuasa, sebelum daripadanya Anwar Sadat, sebelum daripadanya Jamal Abdul Nasir.. Mereka mengamalkan kononnya berpegang kepada bentuk pemerintahan sosialis yg kononnya ala-ala demokrasi yg membohongi rakyat.. Penuh dgn kezaliman.. Separuh daripada rakyat mesir berada di bawah paras kemiskinan.. Mesir mempunyai gas, rakyat mesir tidak menikmatinya sebaliknya negara israel membeli gas mesir lebih murah daripada yg dijual kpd rakyat mesir sendiri.. Negara mesir merupakan negara yg subur, ada Nil, ada lembah yg subur tetapi tanam-tanaman tidak dihidupkan kerana untuk memastikan mesir sentiasa bergantung kepada kuasa luar membeli makanan..

Kekayaan negara dikumpulkan oleh Hosni Mubarak dan kroninya, rakyat menjadi miskin.. Rakyat mesir merupakan rakyat yg hina pada kebanyakan negara Arab, jika mereka pergi ke mana-mana negara arab mereka dipandang lekeh disebabkan kemiskinan mereka.. sebahagian mereka tidak mempunyai tempat tinggal.. Pun begitu, pembohongan pilihanraya, Hosni Mubarak setiap kali beliau bertanding kerusi presiden yg mana tidak ada org yg boleh bertanding dgnnya, rakyat mesir hanya boleh memangkah setuju ataupun tidak utk hosni mubarak menjadi presiden, dia sentiasa mendapat undi 99.9.. Bohong.. Khianat.. Sehinggalah kemuncak kemarahan rakyat, pada zaman penguasaan teknologi, rakyat dapat mencurahkan rasa hati mereka pada era facebook & twiter, maka rakyat mesir telah bersetuju untuk keluar bukan untuk memerangi pemerintah, tetapi utk keluar dijalan menyatakan tidak puas hati kpd pemerintah mesir..

Mufti Mesir seperti biasa menyokong tokeinya.. syakhul azhar yg digajikan oleh presiden juga menyokong Hosni Mubarak.. Namun kehendak rakyat mesir, akhirnya Hosni Mubarak telah dijatuhkan.. Mereka tidak memilih kepala revolusi untuk menjadi presiden.. Rakyat mesir telah membuat satu pilihanraya, pertama kali dalam sejarah mesir bahkan dalam sejarah arab, pilihanraya yg paling telus.. Memilih seorang Presiden bagi sebuah negara mesir.. Presiden yg dipilih secara demokrasi dipilih dgn suara rakyat, maka ditakdirkan Dr.Morsi menjadi Presiden Mesir...

Kita tidak kata semua yg dilakukan olehnya kita berpuas hati atau dia telah lakukan yg terbaik dia dapat lakukan kerana apabila Hosni Mubarak jatuh, krono-kroni Hosni Mubarak masih menguasai ekonomi Mesir.. Mereka menahan minyak, makanan, penjualan.. rakyat menjadi terdesak.. tetapi setahun Morsi memerintah, sekurang-kurangnya yg pertama dia dipilih secara suara rakyat.. naik saja dia memerintah dia membuka sempadan antara Mesir dan Gazzah.. Rakyat palestine dapat hidup bernafas.. Mereka dapat keluar berhubung dgn dunia lain.. Morsi seorang yg bersolat jemaah di masjid pada waktu subuh dan pada waktu-waktu yang lain... Dia ada kelemahan tidak dinafikan.. Tetapi bukan punca segala-galanya daripada dia..

Rejim yang lama menguasai rakyat, rakyat terpengaruh.. Ada rakyat yang keluar membantah, melakukan demonstrasi tetapi itu bukan pilihanraya sepertimana yang Morsi telah naik melaluinya.. Tentera mengambil kesempatan
kerana tentera di bawah Israel, untuk menjatuhkan Presiden Morsi.. Dia dijatuhkan bukan kerana dia presiden yg dipilih oleh demokrasi.. tetapi kerana dia seorang Islamis.. kerana dia seorang pro islam.. Walaupun ada perkara yg mungkin boleh kita persoalkan Morsi disudut kecekapan untuk menguruskan negara, baru setahun, berbandingkan Hosni Mubarak.. Tetapi dia tidak rasuah.. Mungkin dia kurang cekap menguruskan ekonomi yg ditekan oleh pihak luar.. Tetapi tujuan tentera menjatuhkannya ialah Islam yg dipercayai dan dipegang oleh Morsi.. Jika mereka berselisih soal pandangan yg berbeza di dalam politik, itu soal dia dan Ikhwan.. Tetapi apabila mereka membunuh rakyat yg keluar meminta supaya dikembalikan kuasa politik secara betul, membakar masjid, membunuh kanak-kanak dan wanita, menghapuskan hak rakyat, ini adalah satu kezaliman...

Kezaliman yang begitu besar dan kita lihat apabila tentera mengambil alih mesir, perkara awal yg dibuat oleh tentera ialah menutup semula sempadan Gazzah dan Mesir.. Ternyata tindakan mereka mempunyai hubung kait kepentingan mereka dan Israel.. Benar kata Erdogan, Perdana Menteri Turki, bahawasanya apa yg berlaku di Mesir adalah agenda Israel..

Kuasa-kuasa besar tidak menyatakan apa-apa.. Jikalah sekiranya yg kena bunuh demikian, jika ada gereja yang dikepung, ditembak dan dibakar seperti yang berlaku di Mesir, tentu dgn segera kuasa barat akan datang.. tapi oleh kerana yg mati itu adalah orang islam, maka tidak ada kuasa barat yang mahu mengambil tindakan, mereka mengkritik dgn kritikan yg lunak dan lembut.. Kononnya mereka tidak puas hati, mereka hantar pertubuhan Ngo organisasi kecilan untuk mengkritik apa yg berlaku di Mesir..

Kita lihat apa yg berlaku di syria.. Rejim Bashar Al-Asad ketika bapaknya Hafiz Al-Asad, dalam sejarahnya dia pernah mengebom bandar Hama di syria pd tahun 1982, 20 ribu orang terbunuh.. Rakyat syria, wanita-wanita dirogol, kemudian datang anaknya melakukan kerosakan yg lebih besar.. Dia dibantu oleh Iran kerana dia 'Alawi dan Iran syiah.. Dia dibantu oleh Hizbullah.. yang menamakan diri mereka sebagai parti Allah, yg sebenarnya mereka adalah Hizbul latt.. Seperti yg disebut oleh beberapa orang tokoh, Parti Latta & Uzza kerana Hizbullah syiah di Lebnon.. Seluruh kekuatan syiah, digabungkan untuk memburu dan membunuh ummat islam syria kerana mereka sunni.. syiah mengambil kesempatan ke atas hal itu.. Dan kita tahu semalam mereka melepaskan Gas, 1300 orang terbunuh.. kanak-kanak yang masih kecil.. Pembunuhan yg begitu kejam.. seluruh dunia menyaksikan kekejaman itu.. tidak ada kuasa besar yg segera masuk kononnya atas kemanusiaan bagi membela rakyat syria..

Maka Allah melarang kita mengambil orang kafir sebagai pelindung selain orang mukmin.. Kerana terlalu bergantung, negara-negara teluk juga bergantung kpd tuan mereka amerika.. Saudi membantu mesir yg mengebom rakyat.. Demikian juga Qatar dan seumpamanya.. Kesemuanya berpakat menolong rejim yg jahat itu.. semua orang mempunyai hak.. golongan minoriti yg 1 @ 2 peratus dlm negeri mempunyai hak jika mereka bersuara, hak mereka dinafikan, dunia akan menyatakan awak menafikan hak asasi manusia untuk bersuara.. Pengikut agama yg kecil mempunyai hak.. semua orang hak mereka diikhtiraf..

Tetapi golongan islam jika bersuara, mereka tidak mempunyai hak.. Mereka dianggap sebagai ancaman.. Mereka dianggap sebagai merbahaya kepada negara.. Ulama-Ulama' shaykhul azhar berfatwa menyokong tindakan tentera Mesir..

Sebab itu Allah menamakan Ulama' yg mengharapkan habuan dunia seperti dengan Anjing.. Firman Allah (maksudnya) "Bandingan orang-orang ini yang menjual agamanya adalah seperti Anjing, jika sekiranya kamu pergi kepadanya ia menjelerkan lidahnya, jika kamu meninggalkannya ia tetap menjelerkan lidahnya.."

Maka ulama'-ulama' yg meluap-luap dunianya sentiasa menjelerkan lidahnya untuk mendapatkan habuan dunia yg sedikit.. sehingga menghalalkan rakyat yang mati yg dibunuh dgn demikian rupa.. Dunia tidak dapat menerimanya, bagaimana golongan agama boleh menghalalkannya.. Jikapun dia tidak bersetuju dgn Ikhwanul Muslimin, dia tidak boleh bersetuju dgn menghalalkan darah orang islam..

Nabi saw menyebut ketika berkhutbah dlm Hajjatul Wada';
"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu, Haram untuk dicemari, sepertimana haramnya hari ini yakni hari Haji, pada bulan-bulan ini bulan haji dan pada negeri ini iaitu Makkah dan Arafah.."

Darah orang islam tidak boleh ditumpahkan.. Setitik darah mereka tidak boleh ditumpahkan tanpa sebab.. Bagaimana mereka boleh mendiamkan diri melihat rejim ini telah membunuh ratusan ribu saudara-saudara muslim.. Bagaimana golongan ini boleh mengatakan ini perselisihan dikalangan mereka.. ini pertumbahan darah !! Rejim yg zalim yang telah menyembelih ummat islam dan tidak ada siapa yg dapat membelanya..

Mungkin kita tak bersetuju dgn pendekatan Usamah Bin Laden.. Mungkin kita tak bersetuju dgn jalan yang dia pilih.. tetapi dia pernah mengatakan satu perkataan yg mungkin kita boleh bersetuju dgnnya.. "Di atas mazhab apa kamu wahai Barat, darah kamu bernilai darah, sedangkan darah kami bernilai air.." mungkin kita tak bersetuju dgn bberapa tindakan ganas yg dia lakukan.. tetapi barat benar-benar telah menjadikan darah kita seperti air.. Darah mereka saja bernilai seperti darah..

Apabila ummat islam dibunuh, diburu dan disembelih, tak ada bantuan ketenteraan PBB yg segera bertindak untuk membelanya.. Jika sebuah kuil terbakar atau lima orang dikalangan org barat itu mati, seluruh kekuatan dikerahkan..

Islam yang sudah tidak ada maruahnya.. ummat islam yg telah hilang ketauladanannya.. Walaupun kita mengkritik kerajaan Mu'tasim dan kelemahan pemerintahannya pada zaman Abasiyah, tetapi sekurang-kurangnya sebagai pemerintah dia menjadi protector kpd rakyatnya dlm beberapa keadaan.. Apabila seorang perempuan di Amuriyah yg telah dihina oleh orang lain oleh rakyat yg bukan islam di negara berkenaan, perempuan itu dirampas barangnya, tersingkap pakaiannya, perempuan itu menyatakan "wahai mu'tasim, tolonglah aku.."

Seorang lelaki yg mendengar dan melihat peristiwa itu, lalu bermusafir jauh menuju ke Baghdad, berjumpa dgn Mu'tasim yang menjadi khalifah ketika itu, dan berkata kpd Mu'tasim.. "Bahawasanya aku melihat seorang perempuan yg telah dihina di negeri Amuriyah dan perempuan itu mengatakan wahai mu'tasim tolonglah aku.."

Mu'tasim bangun daripada kerusinya.. Berdiri dgn semangat.. Dan mengatakan "ya wahai ibu.." maka mu'tasim telah menggerakkan bala tenteranya pergi menawan Amuriyah hanya kerana telah menghina seorang wanita muslim.. Mu'tasim menulis surat yg terkenal, "Min 'Abdillah Mu'tasim ila kalbil Rum (Daripada hamba Allah Mu'tasim kpd anjing Rum).. apabila surat ini telah sampai kpd kamu maka aku beritahu, akan ku hantar tenteraku, yg mana kepala tenteraku sampai ke daerahmu negerimu, ekor tentera masih berada disisiku.."

- Sebahagian teks khutbah jumaat

PROF.MADYA DATO' DR.MOHD.ASRI ZAINUL ABIDIN
16 syawal 1434 Hijrah bersamaan 23.08.2013 Masihi

Di Masjid Jamek Batu Uban, P.Pinang.




No comments:

Post a Comment